أهلا وسهلا ومرحبا بكم - Selamat datang ke blog My al-Quran. Lawatan serta komen membina daripada anda amat dialu-alukan untuk penambahbaikan blog ini.

Isnin, 16 Januari 2012

تحسين الصوت عند الإمام النواوي رحمه الله تعالى


 قال الإمام النووي في التبيان : " أجمع العلماء من السلف والخلف من الصحابة والتابعين ومن بعدهم من علماء الأمصار أئمة المسلمين على استحباب تحسين الصوت بالقرآن وأقوالهم وأفعالهم مشهورة نهاية الشهرة ، فنحن مستغنون عن نقل شيء من أفرادها ، ودلائل هذا من حديث رسول صلى الله عليه وسلم مستفيضة عند الخاصة والعامة ". انتهى

قال الرسول صلى الله عليه وسلم  : ( زينوا القرآن بأصواتكم ) أخرجه أبو داود والنسائي وابن ماجه. وفي لفظٍ عند الدارمي ( حسنوا القرآن بأصواتكم فإن الصوت الحسن يزيد القرآن حسناً) وفي حديث آخر : (حسنُ الصوت زينة القرآن) أخرجه البزار وغيره

فقراءة القرآن بالألحان إذا انتهت إلى إخراج الألفاظ أو بعضٍ منها عن مخارجها حرُم ذلك، فإن لم تخرج بالألحان عن المنهج القويم جاز، مع الإشارة إلى أن المقصود بالألحان في كلام الفقهاء ليس الآلات الموسيقية المعروفة لدينا اليوم، بل مقصودهم اللحن الصوتي، وهو النغم الصوتي فحسب، وإلا فقراءة القرآن بتلحين الموسيقى فحرام يجب إنكاره، وفاعله مستهزئ بكتاب الله تعالى، مستخِفٌّ به يجب الأخذ على يديه

المراجع  : التبيان في أداب حملة القران* 

Keistimewaan Al-Quran Dari Sudut Bacaan

Antara Keistimewaan Al-Quran dari sudut Bacaan : 


1. Merupakan suatu amal ibadah yang diberikan ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW :


عن عبد الله ابن مسعود قال ، قال رسول الله (ص) : من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنة، والحسنة بعشر أمثالها، لا أقول الم حرفٌ، ولكن الفٌ حرفٌ ولامٌ حرفٌ وميمٌ حرفٌ

Maksudnya : Daripada Abdullah ibnu Mas’ud RA telah berkata, Sabda Rasulullah SAW : “Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu pahala kebajikan, dan setiap satu akan digandakan sepuluh pahala kebajikan seumpamanya. Aku tidak katakan الم sebagai satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf. (Hadis riwayat Tirmizi).

2. Al-Quran bukan sekadar sebagai petunjuk dan pedoman hidup manusia, bahkan sebagai penawar dan rahmat bagi sekalian alam.
Firman Allah SWT dalam surah al-Isra, ayat 9 yang bermaksud : “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan amal-amal soleh bahawa mereka akan mendapat ganjaran pahala yang besar”.
Firman Allah SWT pada ayat 82, surah al-Isra yang bermaksud : “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya, dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

3. Pembacaan al-Quran tidak mendatangkan rasa bosan.
Pembacaan al-Quran tidak mendatangkan rasa bosan walau dibaca pada waktu pagi, petang, siang dan malam. Lebih-lebih lagi jika dibacakan dengan penerapan pelbagai maqamat yang indah. Pembaca dan pendengar akan tersentuh hatinya dan akan menimbulkan kekhusyukan dan penghayatan yang boleh mendekatkan (taqarrub) diri dengan Allah SWT. Hal ini telah digambarkan dalam as-Shalawat al-Kubra :

كَلامٌ قَدِيمٌ لا يُمَلُّ سَماعُهُ             تَنَزَّهَ عَنْ قَولي وفِعْلِي ونِيَّتِي

بِهِ أَسْتَفِى مِن كُلِّ دَاءٍ ونُورُهُ        دَلِيلٌ لِقَلْبِي عِنْدَ جَهْلِي وحِيْرَتِي

Maksudnya : Al-Quran ialah Kalamullah yang Qadim dan tidak membosankan bagi para pendengarnya apabila dibaca akan dihindarkan dari segala perkataan, perbuatan dan niat yang jahat. Dengannya juga dapat menyembuhkan daripada segala penyakit dan cahaya (petunjuk) bagi hati yang jahil dan keliru (sesat).

*Rujukan : Khadijatus Shalihah M.A, 1983. Perkembangan Seni Baca Al-Qur’an dan Qiraat Tujuh di Indonesia. Jakarta : Pustaka Al-Husna.